klik..klik..

Wednesday, October 3, 2012

berat badan normal time preggy..



Mungkin anda merasa kembung dan pakaian tidak semuat dulu lagi. Dan mungkin akan ada suara-suara dalaman yang mengomel, sampai sebesar manakah saya ini nanti? Adakah boleh saya turunkan berat badan ini? Bolehkah saya menjadi diri saya sendiri semula nanti? Jangan bimbang tentang berat badan Pertama sekali - jangan bimbang tentang berat badan anda. Tidak ada apa yang salah dengan kenaikan berat badan sepanjang kehamilan - itulah yang ditakdirkan untuk berlaku! Peningkatan berat badan antara 10 - 15 kg adalah 'normal'. Bayi membentuk 3.5 kilo dari itu, dan selebihnya adalah: • Rahim - sekitar 1 kg • Plasenta - sekitar 0.5 kg • Payudara - sekitar 1 kg • air ketuban - sekitar 1 kg • Cecair yang disimpan dalam tubuh - sekitar 1.5 kg • Peningkatan isipadu darah - sekitar 1.5 kg • Deposit lemak untuk menyusu badan - sekitar 0.5 - 1 kg Jika berat badan normal ketika anda mula-mula hamil, pertamabahan berat badan sekitar 12 kg sudah mencukupi. Namun, jika anda kekurangan berat badan, tidak ada masalah jika anda meningkatkan lebih banyak, atau kurang jika anda berlebih berat badan. Jangan mengamalkan diet Anda tidak boleh sekali-kali mengamalkan diet ketika anda sedang hamil. Terdapat racun persekitaran yang tertanam dalam lemak tubuh anda yang akan dilepaskan apabila berat badan anda menurunkan. Perkara ini boleh membahyakan bayi anda. Terlalu banyak yang dibincangkan tentang berat badan, pertambahan dan penurunannya sepanjang kehamilan. Yang harus anda lakukan adalah makan dengan baik (= sihat), melakukan beberapa senaman dan berseronok melalui kehamilan anda.


p/s Redha dengan berat badan naik mendadak sebanyak 4kg sebulan!15 oktober kena p test MOGTT lagi!








bila sang suami seorang yang workaholic!







Hai lah jiwa...sejak kebelakangan nie aku rasa terpinggir aje!nak tahu kenapa??Alkisahnya semenjak en suami dah start kerja kat tempat baru nie selalu rasa ditinggalkan aje u'oll!
adoi lah mana tak nye keluar pagi2 balik malam!Hoi kata kerja office??meeting sana meeting sini hermm poyo aje!Penat tunggu taw.
tak tahu lah..sejak mengandung nie aku jadi terlebih sensitif plak..cakap sket burrr kua air mata.En suami cakap cengeng betul!bukannye dia p kemana..kerja aje kot!hehehe...

Friday, September 14, 2012

doA..




YA ALLAH AKU MOHON PADAMU REZEKI YANG MELIMPAH..!
JIKA REZEKIKU BERADA DI LANGIT,MAKA TURUNKANLAH IA.
JIKA REZEKIKU BERADA DI BUMI, MAKA NAIKKAN LAH IA.
JIKA REZEKIKU BERADA DI DALAM KEADAAN SUSAH, MAKA PERMUDAHKANLAH IA.
JIKA REZEKIKU BERADA NUN DI KEJAUHAN, MAKA DEKATKANLAH IA.
JIKA REZEKIKU PENUH BERLIKU, MAKA LURUSKANLAH IA.
JIKA REZEKIKU TERBUKTI HARAM, MAKA HALALKANLAH IA.
YANG PIPIH DATANG MELAYANG MANAKALA YANG BULAT DATANG BERGOLEK.
BERKAT WAKTU DHUHA, KEINDAHAN,KEKUATAN DAN KEKUASAANMU,
LIMPAHKANLAH KEPADA KAMI SEGALA YANG KAU LIMPAHKAN KEPADA HAMBA-HAMBAMU YANG SOLEH.
YA ALLAH, PERKENANKANLAH SEGALA DOA KAMI...
AMIN YA RABBAL ALAMIN....


















bengkak gusi..





mr hubby bengkak gusi..
almost 3dys jugak menderita sakit ini.
     ubat ape yang paling mujarab ye..?


MOGTT

selepas 23minggu melalui proses kehamilan..buat julung kalinya aku harus melalui proses MOGTT!
Ape itu MOGTT??
M-modified
O-oral
G-glucose
T-tolerance
T-test
ujian ini harus dilalui oleh para ibu hamil yang mempunyai risiko diabetes, mempunyai sejarah keluarga penghidap diabetes,atau berat badan bakal ibu naik mendadak.
sebelum menjalani ujian bakal ibu diwajibkan berpuasa seawal jam 10malam sebelumnya.
sampel darah akan di ambil pada awal pagi di ikuti meminum glucosa (75gm glucosa dilarutkan di dalam 200ml air)
Ujian ini akan selesai apabila sample darah yang di ambil buat kali kedua setelah 2jam meminum air glucosa.

p/s so nak thu bagaimana rasanye air gula nie, kita tunggu hari isnin ini.Saya di fahamkan air gula nie tersangatlah manis likat sehinggakan sesetengah bakal ibu mengalami gejala pening @ pitm @ muntah??

Alahaii.....

Thursday, September 13, 2012

finally...!

alhamdulillah... setelah berbulan lamanye berhajat untuk merepair kembali blog zaman bujang dulu2 nie akhirnye tercapai jua hasrat itu pada lewat malam ini..so blog baru ini akan dimulakan dengan menunjuk2 gambar2 kawen yang dah berhabuk tu di ikuti dengan perkembangan my baby..sekian.. p/s curi curi berblogging while mr. hubby sedang lena di ulit mimpi....